Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung hari ini menyaksikan tiada keputusan pemecatan dibuat, sekali gus menafikan spekulasi awal mengatakan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno lain bakal disingkirkan kerana tidak sehaluan dengan presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Mesyuarat berlangsung lebih 2 jam dan berakhir 6.30 petang tadi berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan walaupun pada awalnya dijangkakan bakal panas.
"Tiada pemecatan," kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, salah seorang ahli MT semasa ditemui wartawan selepas selesai mesyuarat hari ini di PWTC.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dilihat meninggalkan bangunan Putra World Trade Center (PWTC) sejurus mesyuarat berakhir.
Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan bakal dipecat pada dalam mesyuarat hari ini.
Kira-kira 100 penyokong sabar menanti dan bersorak sebaik saja mereka bertiga turun keluar dari pintu utama Menara Datuk Onn, PWTC.
Mesyuarat hari ini menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas khabar angin bertiup kencang menyatakan Muhyiddin dan beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno.
Mesyuarat MT hari ini juga kali pertama diadakan selepas tertangguh 2 kali sejak penyingkiran Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet pada akhir Julai lalu kerana kelantangan mereka mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas dipecat, Muhyiddin dan Shafie meneruskan kritikan ketika hadir merasmikan mesyuarat bahagian partiberhubung isu 1MDB dan turut mempersoalkan mengenai isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Terdahulu, kira-kira 100 penyokong Umno yang datang dari Johor, Sabah dan Kedah hadir ke PWTC untuk menanti keputusan mesyuarat hari ini.-TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.