Apa nak jadi: Biadap di mana-mana.......
Bikers biadap, aibkan pengguna jalan raya PUBLISHED:
Sep 12, 2015 KUALA LUMPUR, 12 September:
Tindakan menasihati sekumpulan penunggang motorsikal besar atau lebih popular digelar ‘bikers’ dibalas dengan cacian dan laungan makian. Situasi itu berlaku kepada seorang pengguna jalan raya di sebuah stesen minyak di Serdang yang memuat naik sekeping foto menunjukkan sekumpulan bikers meletakkan kenderaan mereka di tempat kereta sehingga menyusahkan pengguna lain.
“Saya meminta kumpulan bikers itu supaya meletak kenderaan mereka dengan betul untuk memberi ruang kepada keretanya meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan itu,
“Sebaliknya, kumpulan bikers itu mencaci dan melaungkan makian kepada saya, seolah-olah saya baru keluar dari hutan dan tidak mampu membeli motorsikal besar seperti mereka,” demikian catatan pada status Facebook Azahari Ismail pada jam 11.00 pagi Sabtu.
Catatan pada status Facebook Azahari Ismail pada jam 11.00 pagi Sabtu Lebih memalukan tindakan kumpulan bikers itu adalah di depan keluarga dan anak-anak Azahari walaupun salah seorang ahli mereka sependapat dengan Azahari namun tidak diendahkan ahli kumpulan yang lain.
Antara komen yang menarik ialah dari Mohd Arbain Bin Mohd Noor yang mengatakan; “Baru pakai superbike dah bongkak. Lupa dulu pakai motor cabuk je. Hai la manusia. Moto besar otak rempit.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Rodzan Hisham Mohd Jamal menyatakan ini hanyalah kes terpencil dan bukan semua bikers bersikap seperti kumpulan itu.
Azahari mendakwa dia dimarahi ahli kumpulan bikers itu dengan melaungkan pelbagai gelaran dengan kasar untuk mengaibkannya. “Mereka mengeji bahawa perangai saya macam baik sangat dan macam bagus sedangkan berpakaian tidak menutup aurat kerana berseluar pendek, mereka menjadi lebih aggresif apabila saya ambil gambar mereka dengan telefon.
“Bagi saya, penunggang motorsikal besar tidak sewajarnya bersikap sombong seperti ini,” katanya. -
sumber Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.