Followers

Saturday, September 12, 2015

Mahfuz Pening Dengan Tahaluf Politik PAS


 
Jika penyertaan wakil rakyat PAS ke Parti Amanah Negara (AMANAH) dianggap pengkhianat oleh PAS, bagaimana pula wakil rakyat parti itu yang menyertai PKR - itu soalan dilontar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Dalam kenyataannya, Mahfuz berkata beliau terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyertai PKR yang juga rakan kerjasama politik PAS.

"Apatah lagi dalam suasana pertikaian isu baiah serta dakwaan pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan membawa pergi kerusi dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat," katanya.

Bekas Naib Presiden PAS itu berkata tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidakmenyertai AMANAH bukan isu utama yang perlu diperbahaskan.

Tetapi, kata Mahfuz, isu besarnya ialah, kenapa Kamaruddin dan Muhammad memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas Gerakan Harapan Baru (GHB).

Malah, katanya, Muhammad turut berkempen menyokong GHB.

Bolehkan PAS?

Melalui analisisnya Mahfuz berkata, langah itu melambangkan kebijaksanaan AMANAH melepaskan Kamaruddin dan Muhammad untuk strategi politik kerjasama lebih mantap pada masa depan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, AMANAH membina kepercayaan rakan kongsi politik mereka dengan sterategi "memberi dan menerima" bagi memposisikan parti itu di peringkat nasional.

"Apa pendirian PAS terhadap Kamaruddin dan PKR selepas beliau membawa kerusi Parlimen Tumpat yang dimenangi atas tiket PAS sejak 1999?

"Wakil rakyat yang menyertai AMANAH dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat.

"Jika Kamaruddin juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia mengecam PKR yang memujuk dan menerima Kamaruddin?" soal Mahfuz.

Persoalan juga timbul, kata Mahfuz, mengenai corak kerjasama PAS dengan PKR selepas ini terutama kedudukan wakil mereka dalam kerajaan Selangor.

"Orang yang melakukan perbuatan ini (keluar parti) dianggap oleh pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Bolehkah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima pengkianat PAS?" katanya.

Beliau juga bertanya jika PAS benar-benar akan bersendirian dalam politik negara dan menarik diri daripada kerajaan Selangor.

"Apakah dalam pilihan raya umum nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul dalam situasi politik hari ini?" katanya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.