“Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.
“Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.
“Semata-masa berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar.”
Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mempertahankan diri, Najib mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.
Wartawan Al Jazeera
Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.
Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan berkata “tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula”.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa pemimpin kerajaan juga telah menafikan perkara itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata kerajaan Najib perlu bertanggungjawab membersihkan nama negara.
“Bukti mesti diberikan bahawa pembunuhan itu, penutupan kes itu, penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali terlibat dalam jenayah teruk itu,” kata Mahathir.
Beliau juga berkata, badan kehakiman, termasuk Jabatan Peguam Negara, juga harus membersihkan nama masing-masing lapor Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.