Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan?
Ini satu pertanyaan tapi dalam masa yang sama ianya juga satu
kenyataan. Ini yang dikatakan dalam ilmu falsafah – “kesatuan yang
bertelagah”.
Laporan bahawa Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya tidak
lagi memeranjatkan Malaysia. Malah berita ini memperkuatkan lagi
keyakinan umum bahawa sebenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai
bernyawa yang berlakon mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.
Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawangan Khas ini mensahih
dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir
Muhamad.
Mengikut Mahathir, si Rosmah ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk
mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir, si Rosmah ini menggunakan
khidmat bomoh dari India dan Jawa.
Awas, ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir
Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan pakcik warung.
Mahathir ialah bekas perdana menteri Malaysia.
Jadi persoalan timbul – apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji – bomoh Rosmah dari India?
Sekali pandang, kesemua berita ini kelihatan seperti berita buruk.
Tetapi hakikatnya semua berita ini adalah berita baik. Semua sedang
membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National
Organisation.
Kedegilan suami Rosmah ini semakin jelas dilihat. Kritikan dan tuntutan
agar suami Rosmah ini melepaskan jawatan telah datang dari pelbagai
sudut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.