Followers

Tuesday, September 8, 2015

Kritikan terhadap Mukhriz bukan bermakna Umno Kedah berkrisis, kata ahli MT


Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata desakan dan kritikan dibuat terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir tidak menggambarkan mereka kini menghadapi krisis.

Berita Harian melaporkan Mahdzir percaya apa yang berlaku pada Mukhriz hanyalah asam garam politik dalam keadaan Umno negeri yang ada kalanya dilanda ombak.

"Saya ingat tidak ada apa sebenar, kita bukan berada dalam zon krisis dan benda seperti ini akan berlaku apabila sampai suatu ketika.

"Politik ini bermusim dan ia seperti air laut, ada kalanya tenang, ada kalanya berombak. Ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana politik tidak selalunya pada zon selesa," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, perkara itu mungkin timbul apabila pihak tidak bersetuju dengan sesuatu yang dilakukan Mukhriz dan sangat sukar untuk mendapatkan 100% persetujuan dalam banyak hal.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin lantang mengkritik pentadbiran Mukhriz termasuk meminta menteri besar Kedah itu meletakkan jawatan.

Ayah kepada Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad kini merupakan pengkritik paling lantang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sekiranya mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya akan datang. – 8 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kritikan terhadap Mukhriz bukan bermakna Umno Kedah berkrisis, kata ahli MT

Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata desakan dan kritikan dibuat terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir tidak menggambarkan mereka kini menghadapi krisis.
Berita Harian melaporkan Mahdzir percaya apa yang berlaku pada Mukhriz hanyalah asam garam politik dalam keadaan Umno negeri yang ada kalanya dilanda ombak.
"Saya ingat tidak ada apa sebenar, kita bukan berada dalam zon krisis dan benda seperti ini akan berlaku apabila sampai suatu ketika.

"Politik ini bermusim dan ia seperti air laut, ada kalanya tenang, ada kalanya berombak. Ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana politik tidak selalunya pada zon selesa," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, perkara itu mungkin timbul apabila pihak tidak bersetuju dengan sesuatu yang dilakukan Mukhriz dan sangat sukar untuk mendapatkan 100% persetujuan dalam banyak hal.
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin lantang mengkritik pentadbiran Mukhriz termasuk meminta menteri besar Kedah itu meletakkan jawatan.
Ayah kepada Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad kini merupakan pengkritik paling lantang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sekiranya mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya akan datang. – 8 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kritikan-terhadap-mukhriz-bukan-bermakna-umno-kedah-berkrisis-kata-ahli-mt#sthash.9JUSJc0L.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.