Followers

Tuesday, September 15, 2015

KPN Terhebat Yang Pernah Malaysia Ada ?

Jangan buat kerja polis untuk halang baju merah, kata IGP

Jangan buat kerja polis, kata IGP





Polis mengingatkan anggota Pro-Rakyat dan Otai Reformasi supaya tidak campur tangan dalam perhimpunan 16 September kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

"Jangan buat kerja polis," demikian peringatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada kumpulan tersebut hari ini.

Beliau berkata anggota kumpulan berkenaan tidak harus cuba untuk menghentikan peserta 'perhimpunan baju merah' atau mereka boleh dikenakan tindakan.

"Hanya pihak polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid menegaskan demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 2,500 anggota dua kumpulan tersebut akan berkhemah dari subuh hingga tengah malam di Bukit Bintang dan Jalan Petaling untuk melindungi peniaga Cina.
 

 
 
Sementara itu, Khalid juga berjanji bahawa polis akan memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di 'perhimpunan baju merah' pada hari Rabu ini.

"Saya menggerakkan sejumlah besar anggota. Jadi tidak ada keperluan untuk merasa cemas atau bimbang. Kami akan memastikan perhimpunan itu adalah aman, " katanya.

Ketua Polis Negara juga memberi amaran kepada para peserta supaya tidak melampaui batas.

"Semua mereka yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu memastikan mereka mematuhi undang-undang. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk provokasi atau tindakan yang mengancam keamanan, "katanya.

Perhimpunan 16 September pada mulanya dirancang sebagai perhimpunan balas terhadap BERSIH 4 selepas muncul imej peserta memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Hadi Abdul Awang.

Digelar sebagai 'perhimpunan baju merah', ia telah disebut-sebut sebagai satu perhimpunan untuk menegakkan maruah Melayu.

Pihak penganjur, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau PESAKA kemudian menjenamakannya semula sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu' dan menjemput penyokong kerajaan dari semua kaum untuk menghadirinya.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.