Followers

Sunday, September 6, 2015

"Kan Matu Usul Nya"

'Kalau Anina nak saman, samanlah'

'Kalau Anina nak saman, samanlah'PUTRAJAYA - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata, sebagai Setiausaha Agung Umno beliau mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana anggota yang melanggar perlembagaan parti tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi Umno atau Lembaga Disiplin parti.

Beliau berkata, kuasa itu boleh digunakan atas ahli anggota yang melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan Umno iaitu membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Persidangan Percambahan Minda Pengerusi, Pentadbiran dan Pegawai Syarak Masjid dan Surau Parlimen Putrajaya di sini.

Beliau mengulas mengenai pemecatan ahli Umno cawangan Kampung Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin berkuat kuasa 2 September lalu.

Tengku Adnan berkata, beliau bersedia untuk disaman oleh Anina kerana yakin tidak bersalah dan tindakan yang dibuat adalah mengikut peraturan serta perlembagaan Umno.

"Kalau dia (Anina) nak saman saya samanlah, saya terima," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.