Followers

Sunday, September 6, 2015

Jom Tengok Cara Menteri Umno Buat Kerja

Menteri: Letaklah papan tanda besar



Kesilapan pegawai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghantar notis tuntutan kepada BERSIH 2.0 berlaku kerana premis sasaran tidak mempunyai papan tanda jelas.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penghantaran dibuat selepas pegawai terbabit merujuk alamat pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengikut laman web BERSIH 2.0.

"Alamat itu betul, cuma rumah sebelah yang dia (silap) ambil gambar.

"Alamat nombor 13 sebelah rumah itu, tapi bila dia tengok yang nombor 13 memang tak ada papan tanda," katanya di sidang media selepas melawat Pangsapuri Wangsa Sari, Wangsa Maju, hari ini.

Semalam Abdul Rahman bagaikan menempelak BERSIH 2.0 kerana premis mereka kelihatan terbiar dan "tidak bersih" seperti nama gerakan berkenaan.

Gambar itu dirakamkan selepas pegawai terbabit mahu menghantar bil tuntutan kepada kumpulan pendesak reformasi pilihan raya berkenaan - bernilai RM65,000 - kerana perhimpunan BERSIH 4 lalu.

Bagaimanapun kenyataan itu diketawakan apabila didapati kemudiannya, bangunan terpapar pada gambar mengiringi tweet Abdul Rahman bukanlah pejabat BERSIH 2.0.

Sebaliknya, ia adalah sebuah kediaman yang terletak bersebelahan pejabat BERSIH 2.0.

Abdul Rahman berkata, perkara itu berlaku akibat kekeliruan.

"(Sebagai) sebuah NGO yang menganggap mereka tersohor‎ di Malaysia, letaklah papan tanda besar supaya orang tahu.

"Saya tetap tak puas hati, ‎kita akan beri juga bil kepada Maria (Chin Abdullah). Walaupun dia lari apabila dituduh di mahkamah (nanti) saya akan minta pegawai tunggu di luar mahkamah," katanya.


- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.