Followers

Saturday, September 12, 2015

Jamal: Kalau Dr M cukup Melayu, datanglah

Cabaran Bodoh Penjilat Umno Kepada Mahathir



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menyertai "Perhimpunan Melayu Bersatu" pada 16 September ini jika beliau cukup "Melayu".

Cabaran itu dibuat Presiden Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas mempelawa kaum Cina dan India menyertai mereka.

"Kalau Tun M cukup Melayu dia datanglah," kata Jamal ketika diminta mengulas berhubung undangan kepada Mahathir.

Perhimpunan 16 September ini sebagai reaksi kepada himpunan BERSIH 4 yang mendesak pengunduran perdana menteri pada hujung bulan lalu.

Perhimpunan itu, yang menggunakan tema baju kuning, dikaitkan pemimpin kerajaan dan media arus perdana dengan dominasi Cina dan DAP.

Mahathir hadir dua kali dalam perhimpunan BERSIH 4 bersama isterinya Tun Siti Hasmah Ali.

Sementara itu, mengulas desakan Mahathir supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur, Jamal berkata pemimpin veteran itu tidak layak berbuat demikian.

"Tun M bukan seorang yang layak untuk meminta PM berundur, dia tidak ada kelayakan tersebut. Yang layak hanyalah rakyat dan ahli Umno.

“Rakyat yang boleh menentukan," kata Jamal lagi.

Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERSIH 4 buat kali kedua akhir bulan lalu ternyata memberi kejutan banyak pihak.

Mahathir bagaimanapun berkata kehadirannya pada perhimpunan tersebut untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.

Jelasnya, beliau menyokong tindakan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggesa Najib meletakkan jawatannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.