Followers

Sunday, September 20, 2015

Ini jawapan mengapa MAS hidang arak, adakah anda boleh terima?

 

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Datuk Idris Jala semalam dalam sidang perpaduan negara semalam telah tampil menjawab soalan yang selalu ditanya oleh orang ramai terhadap MAS.

Menurut beliau, dia pernah diminta memberi pendelasan dari segi agama mengapa MAS terus menghidang alkohol dalam pesawat ketika beliau mengambil alih jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau menceritakan perbualannya dengan seorang kakitangan di sebuah sesi dewan bandar di mana lelaki itu meminta beliau untuk menjelaskan mengapa syarikat penerbangan itu menghidang arak sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

"Lelaki ini berdiri semasa sesi Q & A dan berkata kepada saya,

 
'Boss, kita adalah sebuah negara Islam, Malaysia Airlines adalah sayarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol dalam pesawat sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikian? 


Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahukan. Saya mahu jawapan dari segi agama daripada anda,'

Idris berkata, beliau mengambil mikrofon dan memberitahu lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki itu menjawab dua soalan pertamanya.

"Saya bertanya kepadanya, 'Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan dia boleh berbuat apa-apa yang dia mahukan dengan KuasaNya? Lelaki itu membalas 'Ya'.
"Kemudian saya bertanya kepadanya lagi, 


'Adakah anda percaya bahawa Tuhan tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?' Dia sekali lagi menjawab 'Ya, Allah tak suka alkohol'.
 
"Saya berkata, 'Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa, mengapa Dia tidak menggunakan kuasanya utuk menghapuskan dosa dan alkohol?'.

 
"Dan saya memberitahunya saya akan memberikan jawapan itu dan saya berkata, 


'Ia adalah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil, Dia memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan.
  "Jika anda fikir bahawa Allah sahaja berkuasa, maka Dia hanyalah ada Kuasa. Dia akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. 

Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang," katanya.

Perbualan menarik itu menerima tepukan gemuruh dari kakitangan MAS termasuklah lelaki yang bertanyakan soalan itu tadi.

"Dia berkata, "Boss, saya rasa saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakkan nota di menu dan mengatakan menu itu tidak halal,'," kata Idris kepada penonton persidangan itu semalam.-sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.