Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tetap dengan pendirian untuk tidak
meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu walaupun beliau
bukan lagi ahli Pas.
Katanya, tidak ada peruntukan dalam parti dan
Parlimen yang mewajibkan Ahli Parlimen atau wakil rakyat meletak jawatan
jika melompat parti lain.
“Tidak ada undang-undang yang menyebut mana-mana Ahli Parlimen berpindah
parti perlu meletak jawatan,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satipul Bahri Mamat yang mahu Raja Kamarul meletak jawatan kerana telah melanggar sumpah bai’ah.
1. Meminta Pesuruhjaya Pas negeri, Satupul Bahri menyemak kehadiran Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa jam satu hari mereka berada di Parlimen.
2. Meminta menyemak rekod berapa isu yang dibawa Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa kerap mereka menggunakan media untuk menimbulkan isu rakyat.
3. Menilai berapa ramai Ahli Parlimen Pas dari Terengganu yang tidak hadir Parlimen kerana menghadiri program lain untuk mendapat imbuhan.
“Bila Pas Terengganu telah membuat penilaian seperti ini mereka baru
tahu siapa yang patut letak jawatan,” katanya yang juga Pengerusi GHB
Terengganu.
Pada masa sama, Raja Kamarul turut mempersoal tindakan Pas sebelum ini
yang tidak bersetuju mana-mana Ahli Parlimen dan wakil rakyat meletak
jawatan kerana masalah dalaman parti sekali gus terpaksa diadakan
pilihan raya kecil (PRK).
“PRK Kajang
dulu Pas sendiri membuat kenyataan bahawa PRK itu tidak perlu kerana ia
berpunca daripada masalah dalaman PKR dan menyusahkan rakyat dengan kos
yang tinggi.
“Kalau saya, Hatta, Khalid Samad, Hanifa dan yang lain letak jawatan,
berapa belas PRK yang akan diadakan ini menyusahkan rakyat dan
membebankan perbelanjaan kerajaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.