Followers

Tuesday, September 29, 2015

Banduan Khir Toyo Mohon Maaf ???

Mafiaboss Melayu II's photo.PUTRAJAYA: Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas. 

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya. 

"Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan. 

"Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong saya yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. 

"Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya," katanya.


Sementara itu, isteri beliau, Zahrah Kechik reda dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan 12 bulan penjara ke atas suaminya. 

Zahrah ketika ditemui berkata, beliau menerima keputusan itu serta menganggap ia sebagai ujian Allah untuk dia dan suami. 

"Memang tidak dinafikan saya sedih dengan keputusan ini, namun saya reda dengan perkara ini. 

"Saya harap suami saya juga reda dengan keputusan yang ditetapkan ini. Ini semua adalah ujian dari Allah untuk kami berdua," katanya.



(Kredit to: BH Online)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.