Followers

Sunday, September 13, 2015

Baju merah: Pengistiharan tersirat Nazir Razak


Saya tidak akan berpakaian merah pada 16 September, kata Nazir Razak

Datuk Seri Nazir Razak berkata, beliau akan meraikan kepelbagaian pada 16 September kerana ia menggambarkan Malaysia yang sebenarnya.

Ahli bank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak akan memakai pakaian merah pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Pengerusi CIMB Group itu berkata dalam akaun Instagramnya, beliau akan meraikan kepelbagaian pada ulang tahun penubuhan Malaysia pada 16 September.

Nazir memuat naik gambar berwarna-warni sekumpulan kanak-kanak Malaysia yang memakai pakaian tradisional masing-masing sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Dalam kapsyen beliau menulis:

"Pada 16 September saya akan meraikan kepelbagaian – kaum, agama, budaya – ia menggambarkan Malaysia.

Saya tidak akan memakai pakaian merah." Nazir, yang kadang kala menulis posting kritikan di Instagram terhadap kerajaan pimpinan abangnya Datuk Seri Najib Razak, dipuji ramai pengguna Instagram bagi posting terbaharunya ini.

Ramai memuji beliau, seperti gravid4ever yang mencatatkan:

"Dato anda contoh sebenar seorang rakyat Malaysia. Tahniah atas kenyataan anda." lifeblooms menulis: "Dengar! Dengar! Dan ia tidak perlu perkara lain lagi.

" Posting Nazir, yang menerima hampir 700 “like” dalam masa dua jam, dilihat sebagai tindak balas kepada perhimpunan penunjuk perasaan “yang dirancang oleh kumpulan hak Melayu”.

Kumpulan itu merancang mengadakan perhimpunan pada Hari Malaysia di Kuala Lumpur untuk membalas perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, yang menyaksikan penunjuk perasaan berpakaian kuning sebagai tanda bantahan terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), permintaan pembaharuan dan peletakan jawatan Najib ke atas skandal yang melibatkan pentadbiran beliau.

Perhimpunan “baju merah” adalah untuk meluahkan kemarahan terhadap insiden semasa Bersih 4, di mana beberapa peserta memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum acara berlangsung, sudah ada kebimbangan perhimpunan itu – yang dikenali sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu' – akan mencetuskan ketegangan kaum apabila penyokong berkumpul selama 12 jam di Jalan Bukit Bintang.

Pengakuan Nazir yang beliau tidak akan menyokong perhimpunan baju merah juga dilihat bertentangan dengan pendirian abangnya.

Najib berkata awal minggu ini walaupun Umno tidak menyokong perhimpunan baju merah, parti itu tidak akan menghalangi ahli-ahlinya daripada mengambil bahagian.

Dilaporkan hari ini Umno menghantar surat kepada wakil-wakil negeri minggu lepas, memberitahu mereka untuk bersedia sekiranya dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut. – 12 September, 2015


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.