Followers

Wednesday, August 12, 2015

Zahid, Muhyiddin tampil mesra dalam acara sultan


T
 Timbalan perdana menteri sekarang Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas penyandang jawatan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mesra hari ini.

Ini berlaku selepas pelbagai spekulasi dibuat berhubung potensi pergolakan dalaman Umno.

Mereka dilapor dalam mood ceria dan berborak sesama sendiri dalam sebuah majlis di Johor hari ini, dalam acara yang sultan Johor menjadi tuan rumahnya.

“Dalam acara petang ini, Muhyiddin dan Zahid duduk di sebelah tuanku (Sultan Ibrahim Ismail).

“Ketika makan, mereka kelihatan menyendeng dan berbisik sesama sendiri, dan Muhyiddin malah menghulurkan makanan daripada pinggannya sendiri kepada Zahid.

“Interaksi mereka begitu positif,” menurut Oriental Daily.

Menteri besar Johor turut hadir dalam acara itu.

Muhyiddin digantikan dengan Zahid susulan rombakan kabinet pada 28 Julai lalu, yang dispekulasi meluas susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan negara yang terbeban hutang besar.

Menurut akhbar Cina itu, ini kali pertama Zahid dan Muhyiddin bertemu selepas rombakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.