Followers

Wednesday, August 5, 2015

Yang ini fakta atau auta? Tulisan: 'Kroni' Dr M derma RM1 bilion pada pembangkang



Sebuah tulisan di laman web pro perdana menteri, MYKMU, hari ini mendakwa taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad telah menyumbang hampir RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008.

Tulisan utama itu membangkitkan persoalan sama ada benar atau tidak ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013.

Penulis itu, Amin Yatim, juga mendakwa “beberapa ratus juta” disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Nor Al-Bukhary (gambar) dan tokoh-tokoh perniagaan lain.

Justeru, tulisan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir yang memilih menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma. 



“Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan BN tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013,” kata Amir. Amir menulis demikian dalam artikel berjudul “Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan derma RM 400 juta kepada DAP?”

Mahathir pada 3 Ogos menulis di blog menyatakan kesediaan akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri diperiksa bagi membuktikan beliau telus.

Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Najib, beliau pula dituduh perkara sama.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir menghuraikan panjang lebar berkaitan kewangan beliau dan Umno selama ini. 



Mengarut, kata DAP Sementara itu, bendahari DAP Fong Kui Lun (bawah) menolak dakwaan Tan menderma kepada mereka.

“Mereka cakap mengarut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sementar aitu,

Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew pula menjawab: “Saya tidak boleh komen. Saya tidak pernah dengar berhubung perkara itu.” 



Malaysiakini sedang cuba menghubungi Kumpulan Berjaya untuk mendapatkan reaksinya #

Gambar kat bawah ni aku terima melalui WhatsApp dari geng UMNO bahagian Kota Bharu pagi tadi- betul atau tidak di luar pengetahuan aku .

Posted by mountdweller.

Wednesday, August 5, 2015 Yang ini fakta atau auta? Tulisan: 'Kroni' Dr M derma RM1 bilion pada pembangkang Dipaparkan Aug 05, 2015 2:29pm Dikemaskini Aug 05, 2015 2:46pm Sebuah tulisan di laman web pro perdana menteri, MYKMU, hari ini mendakwa taikun-taikun perniagaan yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad telah menyumbang hampir RM1 bilion kepada pembangkang sejak 2008. Tulisan utama itu membangkitkan persoalan sama ada benar atau tidak ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013. Penulis itu, Amin Yatim, juga mendakwa “beberapa ratus juta” disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Nor Al-Bukhary (gambar) dan tokoh-tokoh perniagaan lain. Justeru, tulisan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir yang memilih menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma. “Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan BN tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013,” kata Amir. Amir menulis demikian dalam artikel berjudul “Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan derma RM 400 juta kepada DAP?” Mahathir pada 3 Ogos menulis di blog menyatakan kesediaan akaun peribadinya selama 22 tahun menjadi perdana menteri diperiksa bagi membuktikan beliau telus. Katanya bagi menghalalkan tuduhan RM2.6 bilion wang berada dalam akaun Najib, beliau pula dituduh perkara sama. Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir menghuraikan panjang lebar berkaitan kewangan beliau dan Umno selama ini. Mengarut, kata DAP Sementara itu, bendahari DAP Fong Kui Lun (bawah) menolak dakwaan Tan menderma kepada mereka. “Mereka cakap mengarut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sementar aitu, Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew pula menjawab: “Saya tidak boleh komen. Saya tidak pernah dengar berhubung perkara itu.” Malaysiakini sedang cuba menghubungi Kumpulan Berjaya untuk mendapatkan reaksinya # Gambar kat bawah ni aku terima melalui WhatsApp dari geng UMNO bahagian Kota Bharu pagi tadi- betul atau tidak di luar pengetahuan aku Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.