Wan Azizah Kesal Gambar Makan Jadi Viral
Wan Azizah Wan Ismail
ALOR SETAR - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal
tindakannya makan dalam gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)
baru-baru ini, menjadi viral dan dijadikan modal politik pihak tertentu
mengaitkan dirinya sebagai pemimpin tidak wajar diteladani.
Mengulas perkara itu, katanya, ia bukan disengajakan, sebaliknya
mendapat kebenaran daripada pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad.
“Saya dalam perjalanan menaiki ETS dari stesen KL Sentral ke Ipoh.
Bagaimanapun, gerabak yang ada kafe rosak dan digantikan gerabak lain,
di mana dibenarkan makan di situ.
“Saya lapar, jadi saya makanlah. Lagipun saya tidak sepah sampah dan
dapat kebenaran. Gambar yang menjadi viral itu bukan isu pun,” katanya.
Difahamkan, gambar Wan Azizah sedang makan nasi lemak dalam ETS
disebarkan melalui laman sosial dan ada pihak mempertikaikan tindakannya
itu berikutan peraturan dalam gerabak tidak membenarkan makan dan
minum. - Sinar Harian/15/8/15
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.