Followers

Saturday, August 22, 2015

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah boleh ditahan dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.




Kenyataan Dr Mahathir dalam blog dan sidang media beliau terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap perdana menteri, 1MDB, wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, serta kerajaan, menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Beliau juga boleh dikatakan menghasut rakyat supaya membenci dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik negara. Ini cukup membahayakan negara dan perdana menteri Malaysia.

Muhyiddin pula di setiap mesyuarat Umno Bahagian yang beliau rasmikan masih menbangkit perkara sama, iaitu seakan cuba menghasut ahli-ahli Umno bangkit melawan kerajaan di bawah pemerintahan Najib, perdana menteri Malaysia yang sah.

Tuduhan dan tohmahan daripada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri ini amat merbahaya kepada negara. Ia perlu dihentikan daripada memberi kesan buruk kepada negara secara amnya.

Tindakan perlu diambil segera oleh pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara. Mereka berdua ini sudah sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan segera.

Walaupun penerangan dan penjelasan sudah diberi, serta jawapan sudah tercalar, namun Dr Mahathir dan Muhyiddin masih membuat tuduhan dan tohmahan berniat menghasut membenci kerajaan di bawah pemerintahan Najib. *

Syed Rosli Jamalullail merupakan ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor.


MOUNTDWELLER.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.