Followers

Monday, August 24, 2015

'Tuduh DAP 'dibiayai' Yahudi fitnah jahat'


Zar Ali's photo. DAP menyifatkan kenyataan Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi bahawa DAP "dibiayai" Yahudi sebagai "fitnah jahat dan terdesak" demi menutup skandal 1MDB dan sumbangan politik melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan pemimpin Umno itu sebagai "hilang akal dan janggal" sekaligus membuktikan parti itu kehilangan idea untuk memerintah dengan menutup dakwaan skandal rasuah dalam kerajaan.

"Oleh itu mereka akan buat fitnah besar yang bodoh tentang konspirasi Yahudi bersama dengan DAP, sungguhpun tidak benar sama sekali," kata Lim dalam satu kenyataan.

"Adalah lebih baik kerajaan persekutuan BN menjelaskan mengapa mereka berhubungan dengan syarikat kewangan besar antarabangsa yang dimiliki oleh Yahudi dalam urusan kewangan 1MDB," katanya lagi.



Semalam Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi mendakwa derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".

Beliau berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.
Mengulas lanjut, Lim berkata tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa sedangkan parti itu bertanding dalam 51 daripada 222 kerusi Parlimen.

Malah, katanya lagi, jika DAP menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar atau berkuasa.
"DAP hanya berdepan dengan calon Umno dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Takkan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen," kata Lim.

Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan membuat laporan polis bagi mendesak tindakan diambil terhadap timbalan menteri pengangkutan tersebut ekoran tuduhan yang tidak berasas itu.

"Umno tidak boleh mencari jalan menutup skandal kewangan mereka dengan mengalihkan perhatian menerusi fitnah sedemikian," kata ketua menteri Pulau Pinang itu. - M'kini


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.

CIRI CIRI ORANG MUNAFIQ ADA PADA UMNO 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.