Followers

Wednesday, August 12, 2015

TMJ Selar Pemimpin Seperti Lalang



KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru pemimpin lain agar mencontohi Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ikhlas dalam menegakkan kebenaran dan masa depan Johor.

"Usaha beliau sepatutnya dijadikan contoh kepada pemimpin-pemimpin lain.

"Janganlah menjadi seperti sesetengah individu yang sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan peribadi," kata Tunku Ismail dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada Selasa.

Selain itu, Tunku Ismail turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin yang tidak tetap pendirian bagai lalang ditiup angin.

"Janganlah juga menjadi seperti sesetengah orang yang pada mulanya hanya memuji melambung tinggi sesetengah pemimpin, tetapi apabila melihat rakyat tidak berpuas hati, berubah pula pendirian bagai lalang ditiup angin," kata beliau.

Selepas pemecatan bekas timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khaled merupakan antara pemimpin yang lantang dengan menyentuh isu "kebenaran dan kesetiaan".

Tunku Ismail dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar memilih pemimpin yang berkelayakan, bijaksana dan telus supaya tidak memalukan dan menjadi bahan jenaka rakyat.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.