Followers

Tuesday, August 18, 2015

Tindakan Najib buktikan tuduhan ke atasnya benar, kata Dr Mahathir TMI -


Orang tua ni buatkan Najib lagi bengang!
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan pelbagai usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Datuk Seri Najib Razak, beliau mungkin boleh membeli pilihan raya tetapi perdana menteri itu tidak boleh melakukan demikian untuk mengekalkan popularitinya.

Bekas perdana menteri itu berkata, dengan pelbagai usaha Najib menghalang siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia memperlihatkan segala tuduhan ke atas presiden Umno itu mempunyai asas.

“Dengan tindakan itu, Najib secara berkesan menghentikan siasatan kehilangan berbilion ringgit yang dilaburkan dalam 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

"Sekarang, tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana tuduhan itu tidak boleh dibuktikan.

 Tetapi, tindakannya membuktikan wujud kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadapnya. “Maka pandangan awam kekal kuat mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Oleh demikian terdapat cakap-cakap mengenai usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen,” katanya melalui blog popularnya chedet.cc petang ini. Dr Mahathir berkata apa yang berlaku kepada Malaysia tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyaksikan keluhuran undang-undang tercemar dan rakyat tidak berkuasa mengembalikannya semula.

Katanya, di negara lain keganasan digunakan untuk menumbangkan presiden yang tidak popular namun ia tidak sesuai dilakukan di Malaysia.

"Jadi kaedah atau institusi kerajaan dijangka untuk menyiasat dan mengenal pasti sama ada tuduhan terhadap perdana menteri benar atau sebaliknya.

"Institusi yang biasanya dijangka menjalankan tugas ini ialah polis. Institusi lain dengan kapasiti untuk menyiasat juga dijangka terlibat.

“Mereka bagaimanapun terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka tiada kuasa mendakwa. Untuk ini, peguam negara mesti memutuskan prosiding guaman,” katanya.

Mengulas mengenai pengunduran Najib melalui undi tidak percaya, Dr Mahathir berkata ia memerlukan majoriti mudah namun ia tidak dapat dilakukan kerana hampir kesemua ahli Parlimen Umno terhutang budi kepada Najib.

Katanya, usaha menggunakan undi tidak percaya tidak akan berhasil kerana ahli Parlimen pembangkang tidak mencukupi selain pelbagai permasalahan semasa yang melanda negara.

“Dengan kejatuhan perdana menteri, seluruh kerajaan akan jatuh. “Kerajaan kekurangan dana. Ia perlu memotong peruntukan kepada semua kementerian.

Pengenalan GST menyebabkan peningkatan kos sara diri menyebabkan penyusutan nilai ringgit.” – 17 Ogos, 2015.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.