Followers

Tuesday, August 18, 2015

Tiga soalan untuk Shahrir Samad Faiz Zainudin


shahrir-samad_1mdb_600

Beliau didakwa gagal menjawab tuduhan telah menerima sumbangan RM1 juta dari akaun peribadi Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Integriti Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad sebagai pemimpin berprinsip boleh dipersoalkan kerana gagal menafikan telah menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, Shahrir gagal menafikan pendedahan yang dibuat Sarawak Report itu.

“Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan UMNO kini amat diragui.

“Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Tan Sri Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu perlu menjawab tiga persoalan susulan kegagalan beliau menyangkal pendedahan yang dibuat Sarawak Report.

1.Adakah Tan Sri tidak terasa terhutang budi kepada Dato’ Seri Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Dato’ Seri Najib bagi membolehkan Tan Sri menerima sumbangan RM 1 juta ini?.

2. Jika Tan Sri menganggap sumbangan peribadi Dato’ Seri Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah Tan Sri memberi jaminan bahawa Tan Sri mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Dato’ Seri Najib Razak?,” soalnya.

3.Adakah derma yang diterima Tan Sri sebanyak RM1 juta telah dibayar cukai?

Akmal berkata, jika benar beliau menerima sumbangan tersebut daripada Perdana Menteri, ia jelas mengecewakan rakyat Johor terutamanya rakyat kawasan Johor Baharu yang mengundinya.

“Saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Bahru amat kecewa. Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu-isu rakyat dan kini hanya menjadi suara ‘yes-man’,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.