Followers

Thursday, August 6, 2015

Tajuddin, berhenti hina intelek orang Malaysia oleh V Shuman

Penjilat bangang yang menganggap semua orang bodoh!  

SEKILAS PANDANG: Nampaknya untuk menjadi ahli politik tidak perlu ada otak .

Lebih-lebih lagi, sekiranya anda bernaung di bawah BN/Umno dan menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet Persekutuan.

Kita telah mendengar mereka ini menghamburkan kenyataan tidak masuk akal yang membuatkan tahap IQ seseorang jatuh mendadak dari 120 kepada 0 dalam masa 10 saat.

Salah seorang mereka ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, 1MDB ialah isu komersial, yang tidak memerlukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Malaysiakini memetik Tajuddin berkata, “

Apabila anda hendak mengadakan undi tidak percaya kepada perdana menteri, ia memerlukan sebab sahih yang memberi kesan kepada rakyat, ekonomi dan keselamatan negara.

“Apakah situasi di negara kita kini? Adakah kita tidak selamat? Adakah keselamatan kita terancam?

Adakah ekonomi kita bermasalah?” dia bertanya. Tunggu, ada lagi yang lebih menarik. “Kita hidup seperti biasa, orang pergi kerja, pergi sekolah dan mereka berseronok dengan karaoke untuk hiburan. Mereka tidak melarikan diri dari negara.

Mereka mempunyai wang, mereka pergi bercuti ke luar negara dengan keluarga mereka dan pulang balik.”

Phew, logik yang sangat bijak dari orang yang sangat “bijak”.

Dia juga ialah seorang timbalan menteri. Kalau mengikut logiknya, kemampuan seseorang untuk pergi ke “karaoke” ialah petanda negara sejahtera.

Lupakan sahaja tentang fakta 1MDB masih menjadi isu pertelingkahan, bukan hanya di negara ini, tetapi di peringkat antarabangsa juga.

Agensi berita asing melaporkan tentang 1MDB yang membuatkan pelabur asing menjauhkan diri daripada melabur di sini. Tidakkah ini memberi kesan kepada ekonomi?

Adakah Tajuddin tidak sedar yang prestasi ekonomi Malaysia yang terburuk di Asia.













No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.