Followers

Sunday, August 23, 2015

SPRM Cari Jho Low, Nik Faisal, Suboh Bantu Siasatan SRC

SPRM Dedah Foto Dan Alamat Terakhir Jho Low, Nik Faisal Dan Suboh



KUALA LUMPUR: Tiga individu diminta segera tampil menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan berkata, tiga individu itu adalah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan Low Taek Jho yang turut dikenali sebagai "Jho Low".

"Ketiga-tiga individu itu dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

"Kesemua individu itu dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757 atau 03-88900752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019- 6000345 atau 03-88900754," katanya.

Kata Azam lagi, Nik Faisal memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 dan pasport bernombor A31780240, serta alamat terakhirnya dipercayai No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.

"Suboh pula memiliki kad pengenalan bernombor 510111-10-5521 dan pasport bernombor D021678 dan R016029 serta alamat terakhir yang dikesan ialah 3-15-2, No 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

"Sementara Jho Low pula memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 beralamat 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang," katanya.

Jelas Azam, SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat di mana ketiga-tiga mereka berada agar menghubungi Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa atau pun mana-mana Pejabat SPRM yang terdekat.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.