Followers

Friday, August 14, 2015

Selepas perbincangan tertutup antara Khalid, Saifuddin dan Anwar, bekas mb tarik balik saman



Khalid tarik balik saman terhadap Saifuddin

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik balik samannya ke atas bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan kes itu diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Kes itu digugurkan selepas perbincang kedua-dua pihak berbincang selama dua jam sebelum mereka saling bermohon maaf.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.


Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut politik panjang.


KedahLahnie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.