Followers

Friday, August 7, 2015

Salleh Keruak - Kerajaan Akan Pinda Undang-Undang Siber Kawal Media Sosial


Menteri baru sudah memastikan keberkesanan kemelut kerajaan menerusi laporan The Star Online. Perdana Menteri juga mencadangkan supaya undang-undang siber dipinda bagi mensyaratkan pendaftaran portal berita didaftarkan.

Dalam laporan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak memberitahu bahawa perkara itu sudahpun dalam peringkat kajian.

Katanya, beberapa model termasuk yang digunakan di Singapura kini dalam pertimbangan kerajaan.

"Saya bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengkaji cadangan itu," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Dilaporkan, portal dengan lebih 50,000 pengunjung unik setiap bulan berdasarkan model yang digunakan Singapura perlu memohon lesen daripada Media Development Authority (MDA) negara itu.

Seterusnya, pengendali portal berkenaan perlu membuat pembayaran deposit bon sebanyak SG$50,000 bond kepada MDA. Namun, sekiranya pengendali portal itu tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

Bagaimanapun, Mohd Salleh berkata, cadangan pindaan tersebut langsung tidak berkait rapat dengan skandal 1MDB sepertimana yang sedang hebat diperkatakan menerusi laman media dalam talian.

"Tiada kena mengena dengan perkara itu. Kita mahu pindaan menyeluruh. Undang-undang itu diperkenalkan pada 1998, sejak itu terdapat banyak perkembangan."

"Kita mesti ambil kira perkembangan ini. Banyak negara sudah meminda undang-undang siber mereka untuk memastikan media sosial tidak mencetus masalah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Jelasnya lagi, cadangan pindaan itu bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang pada Oktober depan.

Mengenai sekatan akses ke laman Sarawak Report pula, beliau berkata, Kerajaan tidak akan membatalkankannya.

- UtaraNews.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.