Followers

Sunday, August 23, 2015

Rosmah sedia bantu peniaga lebar jaringan



Jika anda seorang usahakan yang mencari peluang melebarkan jaringan ke perintang antarabangsa, Datin Seri Rosmah Mansor mungkin boleh membantu.

Isteri perdana menteri itu menyatakan, untuk berjaya dalam bidang perniagaan, seseorang tidak hanya perlu memberi perhatian kepada pasaran luar, malah penting mencari peluang di luar negara.

"Untuk mencari pasaran antarabangsa, anda mesti mempunyai rangkaian. (Untuk) rangkaian itu, saya boleh bantu anda," katanya.

Rosmah berucap di Konvensyen Ekonomi Wanita Cina Malaysia di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Rosmah, jika ada ahli perniagaan datang menemuinya untuk mendapatkan pinjaman, beliau tidak dapat memberi bantuan.

Katanya ada banyak tempat lain yang boleh dikunjungi ahli perniagaan bagi mendapatkan bantuakn kewangan.

"Tetapi untuk mencari hubungan bagi perniagaan, rangkaian, saya boleh tolong.

Wanita yang baik

"Ia bukan sangat mengenai cita-cita saya. Saya dah berumur, tapi saya sedia bersama anda semua untuk mencapai impian anda," katanya.

Mengulangi ikrar Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau adalah "perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia" Rosmah menekankan kedudukannya juga adalah "isteri kepada perdana menteri semua rakyat Malaysia".

Namun beliau menyatakan, kini pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya di Internet.

"Apa saja yang anda dengar, anda baca, jangan percata. Saya sama sekali bukan seperti apa yang anda baca, anda dengar, di blog... blog itulah," katanya.

Selepas terdiam seketika, Rosmah tersenyum sambil menyambung: "Saya rasa saya wanita yang baik" sebelum disambut tepukan gemuruh hadirin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.