Seorang peserta memakai penutup mulut dengan perkataan 'kembalikan suara rakyat' ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam
Seorang peserta memakai penutup mulut dengan perkataan 'kembalikan suara rakyat' ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam.
Puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di bawah terik mentari sehingga malam tiba buat pertama kalinya dalam himpunan semalaman bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut kerajaan bebas rasuah.
Penganjur himpunan Bersih 4 berkata, himpunan kali ini adalah satu pungutan suara terhadap kepimpinan Najib, yang digasak kritikan bertubi-tubi susulan siri skandal kewangan.
Ratusan peserta mula memasuki pusat bandar Kuala Lumpur seawal 10 pagi hari ini dengan berbaju kuning, membantah arahan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan baju rasmi warna kuning Bersih 4.
"Kami tak peduli dengan larangan itu. Hakikat kami berada di sini merupakan satu keingkaran awam - mereka sudah umumkan himpunan ini tidak sah di sisi undang-undang, jadi apa lagi mahu ditakutkan dengan baju-T?," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai David.
"Lagi pun, semua penjara dalam negara ini tidak akan mampu menempatkan kami semua."
Ratusan peserta Bersih 4 berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selepas datang dari pelbagai lokasi pertemuan. –
Ratusan peserta Bersih 4 berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selepas datang dari pelbagai lokasi pertemuan. –
Kehadiran himpunan ini sebanyak 200,000 orang (berdasarkan anggaran penganjur), petanda jelas ketidakpuasan hati orang awam, kata penganjur dan peserta.
"Kami tahu himpunan sebegini tak akan mampu memaksa Najib meletak jawatan," kata Amy Teh, peserta yang kali pertama menyertai perhimpunan itu.
"Tapi kami mahu partinya, Umno dan Barisan Nasional melihat jumlah kami dan ingat jika mereka tidak berbuat apa-apa tentang Najib, mereka akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya yang bekerja sebagai perunding kewangan.
Teh berkata, mesej yang disampaikan ribuan rakyat Malaysia hari ini kepada kerajaan sangat jelas - rakyat Malaysia di bandar bersatu dalam kemarahan mereka terhadap satu demi satu skandal kewangan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, pengerusi Bersih 2 yang menganjurkan himpunan ini, Maria Chin Abdullah berkata Najib gagal memimpin dengan integriti dan ketelusan, dan perlu meletak jawatan.
"Kami mahukan kerajaan yang bersih dan adil.
"Najib menghampakan Malaysia dalam aspek ini dan kerana itu, beliau perlu letak jawatan," kata Maria disambut tepukan bergemuruh khalayak sewaktu himpunan bermula.
Pengkritik Najib yang paling lantang, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, muncul secara mengejut pada himpunan ini di Dataran Merdeka sebaik saja matahari terbenam.
Ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sokongan Dr Mahathir terhadap himpunan ini yang kebiasaannya didominasi ahli politik pembangkang, memberikan lonjakan kepada tuntutan penganjur.
Menjelang himpunan hari ini sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan beberapa sekatan terhadap acara itu.
Ia termasuklah mengumumkannya tidak sah di sisi undang-undang serta amaran secara tidak langsung kemungkinan tentera dikerahkan bagi mengawal keadaan.
Namun, kehadiran polis kelihatan tidak begitu ramai sepanjang hari dan penganjur juga tidak melaporkan sebarang kes gangguan atau serangan.
Himpunan Bersih ini turut berlangsung di Kuching dan Kota Kinabalu, serta kira-kira 70 kota di seluruh dunia.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.