Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata beliau menawarkan dirinya sebagai balasan kerana 2 pegawai SPRM yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob hanya bertindak mengikut arahannya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meminta Putrajaya mengembalikan semua dua pegawai tingginya yang menerima arahan pemindahan ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta hari ini. Sebagai balasan, beliau menawarkan dirinya, mengatakan kedua mereka itu - Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob - hanya bertindak mengikut arahannya.
"Pulangkan pegawai saya serta merta. Ambil saya sebagai ganti. Mereka bekerja dan bertindak mengikut arahan saya," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Shukri dilaporkan berada di luar negara atas urusan rasmi. – 7 Ogos, 2015.
Laporan Malaysiakini: 'Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya' mk - 8:44PM - 7 Aug 2015 Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.
"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepadaMalaysiakini daripada luar negara. Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.
Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.
Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.