Followers

Wednesday, August 19, 2015

Puad Zarkashi gagal lindungi KEADAAN SEBENAR hubungan Najib dengan Istana Oleh Zainuddin Maidin


Pengarah JASA, Puad Zarkashi gagal untuk melindungi keadaan sebenar hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim apabila anaknya Tunku Mahkota Johor, Brigidier Jeneral, Tunku Ismail mengatakan kepada Puad "Tak Tahu hal sebenar, jangan cakap."

MStar telah melaporkan Puad sebagai berkata, tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib.

Berikutan dengan itu, blog zamkata telah mempersoalkan kenyataan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, tentang dakwaannnya mengatakan hubungan Najib dengan Istana Johor dalam keadaan baik.

Kata Zam kenyataan itu mengambarkan seolah-olah Puad seorang jurucakap Istana. "Bilakah Puad dilantik menjadi jurucakap Istana atau hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," tanya Zam

Sementara itu Tunku Mahkota Johor dalam facebook Johor Southern Tigers menegur Puan Zarkashid seorang pemimpin Umno Johor kerana membuat kenyataan, bahawa tiada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri.

Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

“Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar,” katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigers Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

“...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulisnya.



Mstar kelmarin melaporkan Puad (gambar) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial.

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.

KENYATAAN PENUH TMJ


Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut, dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum.




DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

 

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.