Followers

Monday, August 24, 2015

'Polis tak campurtangan dakwaan undi tak percaya'


PDRM SUDAH SEDAR

TAHNiAH

SYABAS!

'Polis tak campurtangan dakwaan undi tak percaya'

Pihak polis tidak akan campurtangan berhubung dakwaan seorang pemimpin kanan Umno mengenai cubaan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Polis Negara  Khalid Abu Bakar berkata dengan ketiadaan unsur jenayah, perkara tersebut perlu diselesaikan oleh parti politik.
"Perkara ini tidak melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau perdana menteri melalui cara yag tidak demokratik," katanya.
Khalid menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa polis hanya melihat kepada laporan polis berhubung isu tersebut selepas dibangkitkan oleh Zahid Hamidi.
"Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat, kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.
"Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini," katanya.
Khalid turut mengulangi sekali lagi bahawa isu undi tidak percaya itu melibatkan parti politik untuk menyelesaikannya dan polis tidak akan campurtangan.

SEKALI LAGI
akhirnya kesedran sampai jua
akhirnya pdrm sedar
akhirnya pdrm tahu
akhirnya pdrm menjadi pdrm bukan alat kepada parti politik
kesedaran sampai
lambat pun akhirnya sampai jua


LAMBEK TA PO

ASAL SODAR
------------

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.