Followers

Wednesday, August 19, 2015

Pembunuhan Sosilawati: Mahkamah tangguh keputusan rayuan 4 lelaki ?


Mahkamah Rayuan di Putrajaya menangguhkan keputusannya berhubung rayuan 4 lelaki yang  disabitkan dan dihukum mati kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 pembantunya.

Tiga anggota panel yang dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali  selesai mendengar penghujahan peguam yang mewakili 4 lelaki dan daripada pihak pendakwaan.

Anggota panel hakim itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam,  mendengar penghujahan selama 6 hari bermula Isnin lepas.

Hakim Aziah berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan mahkamah akan memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan tentang tarikh itu.

Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan 3 pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23; R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh Sosilawati, 47; pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei, 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan 3 pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar.

Keempat-empat lelaki itu ditangkap dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 2011.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya memutuskan soal tanah merupakan motif utama bagi pembunuhan Sosilawati disebabkan ketidakupayaan Pathmanabhan  menjelaskan pembayaran cek yang dikeluarkan kepada Sosilawati.

Beliau berkata mereka yang mengiringi Sosilawati hanya berada di tempat dan waktu yang salah.

Hakim Aktar Tahir berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menjumpai kesan bakar di belakang ladang itu, dan apabila menggali kawasan terbakar itu, polis menemui beberapa tulang yang kemudiannya disahkan pakar sebagai tulang manusia yang  rentung, menunjukkan mereka dibakar pada darjah suhu amat tinggi.

Katanya siasatan lanjut di ladang itu menemui satu kawasan dengan mempunyai kesan darah dan kayu pemukul kriket dengan kesan darah dan analisis ke atas darah itu oleh ahli kimia menunjukkan darah itu ada yang sepadan dengan Sosilawati dan rakan-rakannya.

Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan, Gurbachan Singh dan Hisyam Teh Poh Teik bagi Thilaiyalagan, Amer Hamzah Arshad bagi Matan dan Kathavarayan diwakili M. Stanislaus Vethanayagam. Pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff. – Bernama, 18 Ogos, 2015

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.