Followers

Monday, August 31, 2015

Patriot sebenar berani lawan kezaliman, undur jika tak amanah, kata Wan Azizah



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.
 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.

Patriot kemerdekaan sebenar adalah mereka yang berani kerana benar berdiri menentang kezaliman pihak berkuasa dan insaf berundur bila sudah jauh dari pangkal jalan amanah pemerintahan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui amanat sempena Hari Kemerdekaan hari ini, ketua pembangkang itu berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot akan lebih bermakna dan impian rakyat akan hanya tercapai apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.

Malah beliau berkata, tema kemerdekaan tahun ini, "Sehati Sejiwa", juga membawa maksud tersurat dan tersirat tentang perpaduan, kasih sayang, mahabbah serta muhibah, kesaksamaan berpaksikan kerohanian yang mencerminkan kebaikan, keadilan dan kebenaran.

"Dan jika diselami maksud suatu kemerdekaan, ia bererti kita bebas merdeka daripada semua bentuk penjajahan asing mahupun watan sendiri; dapat menentukan hala tuju negara melalui pilihan raya yang bersih, telus dan adil; memiliki sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah; menikmati kemakmuran ekonomi bersama dan media bersuara benar," katanya.

"Ia harus dilihat sebagai tarikh mengukur pengisian suatu kemerdekaan – sama ada janji dan jaminan asas dan dasar dipenuhi.

"Janji kemerdekaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan janji kesatuan yang tertulis dalam Perjanjian Malaysia dipenuhi," katanya.

Beliau berkata, tema kemerdekaan itu juga membawa erti rakyat Malaysia harus bebas merdeka untuk hidup tanpa ditindas, difitnah, diugut, dikecam, dicerca, dipecahbelahkan dan dimiskinkan.

"Dengan hak-hak kewarganegaraan yang dijamin suatu perjanjian kenegaraan atau ‘aqadun daulah’ iaitu Perlembagaan Persekutuan dalam sebuah demokrasi," katanya.

"Jika diukur dengan usia manusia 58 tahun, ia adalah umur seorang insan yang sudah dewasa, matang penuh hikmah dan seharusnya lebih bertanggungjawab ketika melangkah masuk ambang senja kehidupan dengan menyediakan warisan peninggalan terbaik untuk anak cucu, generasi masa depan." – 31 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.