Followers

Thursday, August 6, 2015

PasMa sokong Mukhriz Mahathir ditukar...??


Zar Ali's photo.

PETALING JAYA - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditukar kerana menyebabkan hubungan kerajaan Pusat dan negeri semakin parah.

Presiden PasMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, hubungan Pusat-negeri semakin keruh apabila Mukhriz kelihatan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipecat Timbalan Perdana Menteri.

“Saya melihat hubungan tidak begitu selesa antara kerajaan Kedah dan Kerajaan Pusat akibat berbeza pendapat dalam UMNO, apabila bapa Mukriz, Tun Dr Mahathir Mohamad banyak mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malah terbaharu isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, nampak Mukhriz lebih berpihak kepada Muhyiddin ia juga antara penyebab berlakunya keretakan UMNO Kedah.

“Kalau kemelut yang berlaku sekarang berterusan. Jadi mungkin perlu seorang pemimpin (Menteri Besar) yang lebih mesra dengan Pusat untuk melincinkan pentadbiran negeri,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah berkata, kesan kemelut tersebut sudah nampak apabila tiada perubahan besar dari segi pembangunan negeri sejak UMNO mengambil alih kerajaan daripada Pas.

“Nampak kerajaan Pusat tidak begitu membantu pembangunan di Kedah setelah hampir separuh penggal mentadbir akibat kelemut dalam UMNO,” katanya.

Katanya, kemelut dalaman yang berlaku dalam UMNO juga satu kelebihan kepada pembangkang untuk merampas kembali Kerajaan Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

“Saya fikir peluang untuk pembangkang cerah, malah ramai mengatakan kedudukan Mukhriz tidak begitu selesa dengan kemelut yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini, bekas calon Ketua Pemuda UMNO, Syed Rosli Jamalulail mencadangkan Perdana Menteri memecat Mukhriz kerana tidak menyokong kepemimpinan Najib.

Dia juga menyokong Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal malah mencadangkan Perdana Menteri memecat pemimpin UMNO lain yang tidak seiringan dengan pucuk pimpinan parti. 


http://www.freemalaysiatoday.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.