Pengerusi Panel Perundingan
dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Johan Jaaffar berkata langkah
memantau dana politik adalah tepat pada masanya.
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan langkah tegas yang diperlihatkan oleh kerajaan untuk memantau dana politik.
Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar percaya bahawa tindakan mengawal selia pembiayaan politik melalui pembaharuan dan undang-undang yang diperlukan adalah satu langkah yang penting dan tepat pada masanya.
Katanya, ketelusan dalam pembiayaan politik adalah kunci untuk membasmi rasuah politik.
"Orang ramai sentiasa menuntut ketelusan dalam bidang ini kerana wujud persepsi mengenai cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai," kata beliau dalam satu kenyataan.
Johan juga memuji langkah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengemukakan idea ini dan pada masa yang sama mencadangkan agar SPRM memainkan peranan penting dalam membantu kedua-dua IIM dan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).
Beliau juga menyarankan agar komposisi JKNMPP, selain wakil-wakil dari pertubuhan masyarakat madani dan individu-individu yang ternama, juga harus menyertakan bersama pemimpin dari kesemua parti dalam landskap politik negara.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif. – 16 Ogos, 2015.
http://www.themalaysianinsider.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.