Followers

Thursday, August 27, 2015

Pagi Petang Siang Malam....... Asyik Menipu Saja !!

Mafiaboss Melayu Ori's photo.Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.

Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu

"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.

Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

 


"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.

Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu

"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," katanya.

Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".

Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal 


Julai. – 26 Ogos, 2015 -TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.