Followers

Saturday, August 1, 2015

'Najib Puji Hadi', Adalah Hasil Strategi PAS Atau Strategi UMNO Menyerang PAS? Posted by Ibnu Hasyim



Datuk Seri Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan.

Menurut Najib, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

"Sebab itu saya puji presiden PAS walaupun kami bersaing.
"Dia kata tak bersalah selagi tak dibuktikan. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya sewaktu berucap di Putrajaya, petang ini.

Hadi hari ini dilaporkan membuat seruan agar prestasi jemaah menteri yang baharu dirombak pada Selasa dahulu diteliti terlebih dahulu sebelum undi tidak percaya terhadap Najib dicadangkan di Parlimen.

"Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu," Hadi dilaporkan sebagai berkata.

Menurut Najib, sikap Hadi itu berbeza dengan sesetengah "orang kita" yang turut galak mengkritik pentadbirannya.

"Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.
"(Sedangkan) pembangkang setengahnya bukan semua (berbuat demikian), ada juga yang tahu buat penilaian," katanya. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Najib Puji Abdul Hadi, adakah kerana strategi PAS?

Ketegasan sejak PAS ditubuhkan pada 1951, PAS tetap dengan prinsipnya yang tidak berubah.
  • Nama tetap 'parti Islam' walaupun pelbagai tekanan oleh pemerintah yang cuba membuang nama dan symbol Islam pada PAS.
  • Dasar perjuangan tetap Islam, Negara Islam, perlaksanaan perundangan Islam dan hudud seperti yang termaktub dalam perlembagaannya.
  • Setiap ketetapan tetap berdasarkan prinsip keadilan Islam. Contohnya seperti dalam kes di atas, PM Najib sendiri mengakui dan menghargai sikap seteru politiknya itu (PAS) yang berpegang pada prinsip 'seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah'.
  • Seruan PAS ialah 'Allahu Akbar'. Seruan itu terus terserlah di majlis-majlis dan ceramah PAS awal tahun 80an sejak PAS diambil alih oleh kepimpinan ulama bermula dibawah kepimpinan Tuan Hj Yusuf Rawa sebagai Yang Dipertu Agungnya. Sekarang agak berkurangan.
Mungkin atas ketegasan inilah maka PAS yang pernah 'berkongsi kuasa' dengan Kerajaan BN tahun 70an, dan bersama-sama Pakatan Rakyat (yang akan berakhir) untuk merampas kuasa dari BN, telah menggerakkan strategi baru.

Iaitu strategi 'berterus terang dalam mencapai matlamat', walaupun musuh-musuh tidak menyukai. Apakah 'Najib Puji Hadi' ini hasil dari strategi PAS tersebut?

Atau kes ''Najib Puji Hadi' ini, suatu perangkap samar yang dipasang oleh UMNO berupa 'petrol disimbah ke api'' untuk terus mengapi-api pergeseran antara rakan Pakatan Rakyat, PAS/DAP. Sehingga DAP melihat dengan mata rabun, apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN kepada pembangkang, seolah-olah semuanya hasil dari tindak-tanduk PAS. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.