Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka. –
Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hilang kredibiliti dalam mentadbir negara dan perlu meletak jawatan apabila bertindak menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan Najib jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka.
"Perdana menteri bertanggungjawab kerana tindakan memburu pegawai kerajaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam negara kita.
"Mengapa satu badan bebas seperti SPRM menjadi mangsa kepada Barisan Nasional (BN)?
"Mengapa mereka ditekan dan diugut dalam usaha mereka mencari kebenaran?
"Beliau harus meletak jawatan kerana kredibilitinya musnah sama sekali dalam hal ini dan Putrajaya harus bertanggungjawab terhadap situasi ekonomi hari ini," kata Azmin kepada pemberita sewaktu ditemui di Batu Caves, Selangor pagi ini. – 8 Ogos, 2015.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.