Followers
Saturday, August 8, 2015
Najib, henti jadikan Malaysia bahan jenaka!
Dua hari lalu penulisan saya mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya perpada-pada dalam usaha ‘menyelamatkan dirinya’. Dunia sudah tahu. Izinkan undang-undang negara berperanan menentukan kebenaran dan keadilan.
Diri ini saja sudah banyak menulis tentang 1MDB. Naik bosan juga dan lebih bosan adalah pembaca. Di sisi rakyat awam, pastinya lebih lagi. Meluat, menyampah dan marah. Hari ini saya menulis lagi.
Kali ini untuk mengingatkan Najib, henti jadikan Malaysia bahan lawak jenaka dunia. Terlalu lama sangat isu 1MDB mengambil pentas utama. Memang luar biasa. Lazimnya isu akan datang dan pergi.
Jarang-jarang dan kadang-kadang yang boleh bertahan lama seumpama PKFZ dan NFC. Tetapi 1MDB bakal memecah semua rekod lama.
Sampai bila? Sampai pengerusi penasihatnya tumbang! Pada 17 November, 2014 dalam kolum saya di TMI ini, berjudul 1MDB: Najib mangsa pertamanya menyebutkan “..saya ramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tumbang akibat 1MDB”.
Sememang hebat anak muda yang panggilan glamournya Jho-Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho ini.
Dia semacam ‘financial wizard’, tetapi menyalahgunakan kepakarannya. Kalau anda mengikuti seluruh rentetan dan pendedahan sejak 1MDB pertama kali didedahkan The Edge, majalah yang digantung 3 bulan itu, anda faham maksud saya.
Namun setelah 6 tahun beroperasi, (sejak penubuhan 2009), kejayaan 1MDB hanya mampu mengumpul RM42 bilion hutang korporatnya. Amat malang, pelbagai aset diperoleh dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau ‘revenue’ untuk melunas hutangnya.
Lebih mengecewakan, 1MDB tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi. Hari ini, saya tegaskan Jho Low, dalam bahasa anak muda, ‘kencing rakyat Malaysia’. Terlalu banyak urus niaga culas dan curang didedahkan…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.