Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi. Timbalan presiden Umno, Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan
identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun
perdana menteri itu.
Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.
"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata
'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata
Muhyiddin.
Muhyiddin berkata,
Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6
bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.
Muhyiddin Dedah Tembelang Najib Lagi
"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.
"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di
perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di
Pagoh, Johor.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.