Followers

Monday, August 24, 2015

Lepas Najib, Mahathir pula turun Pasir Gudang - Hafiz Yatim



Selepas tiga minggu kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Pasir Gudang untuk merasmikan mesyuarat Umno kawasan itu, mentor yang juga pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijangka akan berada di sana pada Sabtu ini.
 
Bekas perdana menteri itu dijemput oleh Yayasan Pengurusan Ilmu dan Kelab Che Det untuk berucap dalam majlis “Bicara Negarawan: Malaysia Hari Ni, Ke Mana Kita?”.

Pengarah Yayasan Pengurusan Ilmu, Datuk Abdul Rahman Mohamed Sharif juga telah mengesahkan program tersebut kepada Malaysiakini.

Perdana menteri keempat itu akan berucap di Stadium Tertutup Pasir Gudang pada jam 2 petang.
"Masuk adalah percuma dan ia merupakan anjuran bersama Kelab Che Det," kata Abdul Rahman.

Pada 9 Ogos lalu ketika Singapura menyambut Hari Kebangsaan, Najib yang menghadiri majlis sambutan itu mengambil masa untuk merasmikan mesyuarat Umno Pasir Gudang.

Ketika di sana, dilaporkan perwakilan Umno Pasir Gudang dilihat tidak berminat dengan apa yang diucapkan oleh presiden parti itu.

Keadaan bagaimanapun berbeza ketika ucapan yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin yang juga merupakan ketua bahagian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.