Komander Tentera Laut, Kapten Noppadol Titawattana-sakul, mengerahkan pasukan keselamatan itu bersama anjing pengesan mengepung kawasan kampung tersebut untuk memburu orang yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.
Dalam insiden pengeboman pukul 7.05 pagi semalam, sasarannya adalah tentera laut yang bertugas mengawal keselamatan jalan raya di Kampong Sompoi.
Dua anggota tentera laut terkorban dan dua lagi cedera.
Ketua Polis Daerah Bachok, Kol Patta Madawa berkata bom buatan sendiri seberat 25 kg itu dipasang dalam tong gas memasak yang diletakkan di tepi jalan dan diaktif dengan menggunakan walkie-talkie.
Beliau berkata sasaran bom itu adalah lapan anggota tentera laut yang menaiki sebuah pikap dan kekuatan bom telah merosakkan kenderaan tersebut.
Patta berkata polis percaya kumpulan yang mendalangi pengeboman kali ini adalah dipimpin Ramlee Kacaekaso, seorang pemimpin gerakan yang aktif di Bachok, Narathiwat.
Dalam
kejadian berasingan, dua anggota pasukan keselamatan wanita cedera
ditembak ketika menaiki motosikal di Kg Bendan Nako, Srisakorn,
Narathiwat.
Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.