Followers

Saturday, August 15, 2015

Ikrar Abu Kassim......... Teruskan.........rakyat cerdik pastinya di belakang kalian.


Zar Ali's photo.

Abu Kassim ikrar terus siasat SRC Int mk -

15 Aug 2015 Pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar meneruskan siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) selagi beliau berkhidmat dengan agensi berkenaan. 

Ia dilaporkan laman sesawang Sin Chew Daily hari ini. 

Ditemui media selepas dibenarkan pulang dari mendapatkan rawatan perubatan di Petaling Jaya hari ini, jaminan Abu Kassim dan komitmen SPRM untuk meneruskan siasatan terhadap SRC dilihat penting ekoran perkembangan yang berlaku baru-baru ini. 

Antaranya ialah pertukaran peguam negara serta penahanan hampir 10 anggota SPRM untuk disoal siasat 

polis. Abu Kassim menjalani pembedahan untuk merawat masalah sakit belakangnya pada 7 Ogos lalu. 

Sepanjang tempoh bercuti, SPRM diketuai timbalan Abu Kassim Datuk Mustafar Ali. SRC dituduh memindahkan wang RM42 juta ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak. 

Najib juga didakwa menerima kira-kira M2.6 bilion "derma" daripada penyumbang di Timur Tengah.



Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.