Followers

Tuesday, August 18, 2015

Hisap ‘vape’ Haram, kata Majlis Fatwa, Tapi K'jaan... Posted by Ibnu Hasyim


 
Kesan buruk merokok elektronik atau vape adalah sama dengan rokok dan shisha yang diharamkan sebelum ini, kata Majlis Fatwa Kebangsaan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Ogos, 2015.

Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan rokok elektronik atau vape yang semakin popular di kalangan masyarakat terutama orang muda adalah haram. Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum itu berdasarkan keputusan mengharamkan shisha sebelum ini.

"Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang

  • pertama membahayakan, 
  • kedua ia membazirkan dan 
  • ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, 
maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakan ia haram.
"Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan memaklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Perak 2015 di Ipoh, semalam Shisha sebelum ini diputuskan haram pada Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013.

Perkara itu diputuskan selepas mendengar pembentangan dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan buruk terhadap kesihatan umat Islam, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang. - 18 Ogos, 2015.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Vape sama seperti rokok, fatwa dan kerajaan kata haram. Sehingga dikatakan rokok membunuh rakyat. Tetapi hakikatnya, kerajaan yang mempromosikan, kerana sanggup menagih cukainya yang besar ke atas pembunuhan rakyat tersebut.

Ini yang sedang berlaku pada vape, perusahaan yang sedang dimajukan. Kerana kepentingan cukai sanggup membunuh rakyat sendiri.. Begitulah cara fikir pemimpin-pemimpin BN, yang tidak takut kepada pembalasan Hari Akhirat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.