Followers

Wednesday, August 5, 2015

Governor Bank Negara dan Orang No. 2 SPRM juga akan di tangkap, selain Clare Editor Sarawak Report,



Clare Rewcastle-Brown hari ini mendakwa bahawa polis Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengekstradisinya walaupun mendapatkan waran tangkap terhadapnya di Kuala Lumpur.

Katanya, ia kerana 'jenayah' yang polis Malaysia tuduh dilakukannya, tidak wujud di UK dan negara-negara lain.

"'Jenayah' bagi waran tangkap yang diperolehi itu, tidak wujud di kebanyakan negara di luar Malaysia, jadi saya tidak boleh diekstradisi di bawahnya," katanya.

Bukit Aman hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh waran tangkap terhadap Clare di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Clare dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Waran itu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lebih ramai lagi akan dipanggil dan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor 2 SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull juga akan turut disoal siasat.

Clare, Zeti dan Shukri telah dituduh oleh sesetengah pihak sebagai antara mereka yang terbabit dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Juga dalam senarai itu ialah Pemilik kumpulan media Edge, Datuk Tong Kooi Ong. Sarawak Report dan The Edge telah menerbitkan artikel mengenai dakwaan skandal 1MDB. ~

malaysiakini Nota Tambahan : Pada 30 Julai lalu, Ketua polis Negara menafikan polis sedang menyiasat Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Penafian tersebut dibuat apabila terdapat dakwaan dari sebuah blog bahawa gabenor dan pegawai-pegawai Bank Negara sedang disiasat oleh polis cawangan khas di bawah Seksyen 124

 

HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.