Followers

Saturday, August 22, 2015

Foto Harapan Baru Gegar Terengganu Malam Tadi




Kuala Terengganu : 3000 orang membanjiri majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Mohamad Sabu (Mat Sabu)  Pengerusi GHB Malaysia di Dataran Shah Bandar disini malam tadi.

Secara sah YBM Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu menjadi Pengerusi GHB bagi Negeri Terengganu.

Harapan kami (GHB) dibumi Terengganu ini agar rakyat bersama – sama dengan gerakan baru ini yang mana akan memperjuangkan amanah rakyat dengan secara adil dan saksama.

“Kita akan lawan dengan UMNOBN sampai mereka hancur dan orang yang sokong UMNOBN turut kita hancurkan(merujuk kepada PAS)”

“Pakatan Rakyat yang dulu sudah berpecah dan kini kita tubuhkan Pakatan Baru tanpa PAS”

“Pakatan BARU ini akan dikongsikan bersama DAP, PKR dan NGO-NGO yang menyokong kita”, katanya.

Tambah beliau, pada tanggal 31 Ogos ini akan lahirnya sebuat Parti Islam yang baru dan diberi nama Parti Amanah Rakyat “AMANAH”.

“Kita akan menentang sesiapa sahaja menyokong UMNOBN termasuk PAS sendiri kalau mereka bersama dengan Parti yang Zalim itu”

“Kali ini kita Pakatan Baru tidak mengenal siapa, langgar tetap langgar demi menyelamatkan Malaysia ini” tambahnya lagi.

Hampir keseluruhan pemimpin GHB datang ke Terengganu malam ini bagi memberi sokongan kepada Pengerusi GHB Terengganu Raja Bahrin dan  antaranya Ustaz Ahmad Awang, Khalid Samad, Dr. Zukifly, Mujahid Rawa, Aisah, Mawar, Suhaizat Kayat dan beberapa orang lagi.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.