Followers

Wednesday, August 26, 2015

DS Khir Toto Rebah Ketika Berjogging Pagi Tadi ?

Mohamad Khir dirawat di IJN

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr  Mohamad Khir Toyo disahkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi.

Mengesahkan berita tersebut, sumber terdekat kepada Mohamad Khir berkata, keadaan beliau dilaporkan stabil.

Menurut sumber tersebut lagi, Mohamad Khir dimasukkan ke Hospital Selayang pagi tadi selepas terjatuh ketika berjoging.

“Doktor akan tahan beliau untuk malam ini. Pemeriksaan sudah dilakukan dan buat masa sekarang, kami semua masih menunggu keputusan daripada ujian tersebut.

“Pada mulanya beliau dimasukkan ke Hospital Selayang, kemudiannya beliau dirujuk ke IJN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, Mohamad Khir ditemani isterinya di pusat perubatan tersebut.

Mohamad Khir dijadualkan mendengar keputusan rayuan akhir penghakimannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepadanya, Mohamad Khir akan dibebaskan namun, jika keputusan sebaliknya, beliau akan menjalani hukuman penjara mulai esok.

Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua plot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, pada 2007 daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.