Followers

Saturday, August 15, 2015

Dr Zaleha Rektor UIA paling menghampakan – EXCO Selangor FMT Reporters


Zar Ali's photo.

Tindakan Rektor UIA sejak pelantikannya didakwa telah membawa UIA kebelakang dari segi kebebasan akademik dan perkembangan ilmu.

  Dr. Zaleha

PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin didakwa rektor paling teruk dalam sejarah universiti susulan penggantungan dua mahasiswa.

EXCO Pendidikan Negeri Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Dr Zaleha terlalu menitikberatkan politik UMNO berbanding memartabatkan UIA.

Katanya, mengimbau kembali perilaku dan tindak balas Dr Zaleha kepada beberapa perkara semenjak pelantikannya, ia seakan-akan UIA sudah lebih kebelakang dari segi kebebasan akademik dan perkembangan ilmu.

“Saya rasa tidak salah jika saya katakan bahawa Rektor yang sedia ada sekarang ini merupakan antara yang paling menghampakan di dalam sejarah Universiti tersebut.

“Rektor yang sedia ada terlalu menitikberatkan faktor politik UMNO – daripada berusaha mempertingkatkan martabat Universiti yang menampilkan moto ‘Taman Ilmu dan Budi’,” katanya menerusi kenyataan media.

UIA menggantung Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) , Hanif Mahpa dan Afiqah Zulkifli, EXCO MPP UIA selama dua semester (iaitu setahun) kerana menganjurkan forum GST dan menjemput Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Ketua Angkatan Muda PKR itu menggesa UIA menimbang semula keputusan itu dan membenarkan kedua-kedua mahasiswa tersebut untuk menyambung pelajaran serta-merta.

“Saya juga ingin menyarankan agar UIA memulihkan kredibiliti Universiti dengan memberikan keutamaan semula kepada

kepentingan akademik dan pelajar.


“Cukup-cukuplah mencalarkan reputasi sebuah institusi akademik yang dahulunya disegani ramai, tiada manfaat yang baik jika terus-menerus berpaksikan dasar dengan politik UMNO yang kolot,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.