Apakah nasib Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September depan ini?
Adakah
keahlian UMNOnya akan dipecat dan seterusnya menyebabkan kehilangan
kedudukan sebagai Timbalan Presiden UMNO atau beliau akan dibebaskan
daripada sebarang tindakan yang membolehkannya terus mengkritik parti
dan Presiden UMNO serta kekal duduk sebagai orang nombor dua yang
menyusahkan ketua sehingga pemilihan parti diadakan pada 2018 nanti?
Setakat
ini berbagai pendapat dan andaian dapat didengar mengenai untung nasib
bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Ada yang mengatakan beliau akan
dipecat untuk memudahkan langkah-langkah Najib seterusnya, baik dalam
UMNO mahu pun kerajaan dan ada pula yang yakin tiada apa-apa tindakan
akan diambil kerana ia akan memburukkan lagi peluang BN untuk memenangi
pilihanraya akan datang.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru sebaik saja 9 September depan
ini diumumkan sebagai tarikh mesyuarat MT UMNO menunjukkan kemungkinan
paling besar ialah Muhyiddin akan dipecat daripada UMNO.
Beliau
dijangka akan dipecat kerana didakwa menjejaskan imej parti dan
memburukkan nama Najib selaku Presiden UMNO berikutan beberapa kritikan
terbukanya terhadap 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diucapkan ketika
merasmikan beberapa mesyuarat perwakilan UMNO dua tiga minggu sebelum
ini.
Selepas
Muhyiddin dipecat daripada kerajaan pada 28 Julai lalu, MT UMNO
sepatutnya bermesyuarat pada 31 Julai bersekali dengan majlis penerangan
mengenai 1MDB kepada pemimpin UMNO bahagian-bahagian seluruh negara.
Tetapi ia kemudian telah ditangguhkan, lalu tarikh mesyuarat MT seterusnya ditetapkan pada 28 Ogos ini. Namun demikian, ia sekali lagi ditangguhkan sehinggalah beberapa hari lalu diumumkan 9 September sebagai tarikh baru mesyuarat MT UMNO yang sepatutnya bersidang sebulan sekali.
Seorang
pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang dikenali memang rapat dengan
Perdana Menteri ada memberitahu seorang kenalannya baru-baru ini bahawa
"operasi kedua" akan dilakukan Najib dalam tempoh terdekat ini yang
menurutnya akan menyebabkan "semua masalah Najib dalam UMNO dapat
diselesaikan".
Tanpa
menghuraikan lebih lanjut maksud atau bentuk "operasi kedua" tersebut,
pegawai itu berkata, selepas operasi itu nanti, Najib tiada masalah lagi
dalam parti dan boleh menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menghadapi
PRU 14 akan datang.
Daripada
cara pegawai ibu pejabat UMNO itu bercakap yang menunjukkan Najib mahu
menyelesaikan masalahnya dalam parti terlebih dahulu, tindakan paling
munasabah dan bersesuaian pula dengan tarikh mesyuarat MT sudah
ditetapkan ialah dengan mengenepikan ancaman yang disebabkan oleh
Muhyiddin.
"Operasi
kedua" dalam usaha menghapuskan sebarang ancaman terhadap Najib ini
adalah susulan "operasi pertama" yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin
dan Shafie Apdal dalam rombakan kabinet pada 28 Julai baru-baru ini.
Selagi
Muhyiddin kekal dengan jawatannya dan bebas mengkritik parti serta
kepimpinan Perdana Menteri secara terbuka, ia dilihat suatu gangguan
kepada kedudukan Najib dalam UMNO serta menggugat usahanya mengukuhkan
BN memenangi pilihanraya nanti.
Dipercayai
dengan menyingkirkan Muhyiddin daripada UMNO yang sekaligus menyebabkan
jawatan Timbalan Presidennya terlucut, kesan pengaruhnya kepada parti
dapat dihapuskan kerana suaranya selepas itu akan dianggap "suara bebas"
atau "suara pembangkang" saja lagi.
Adalah
dijangkakan Muhyiddin seorang saja yang akan dipecat daripada UMNO
manakala Shafie Apdal, seorang lagi pemimpin UMNO yang turut lantang
mengkritik Najib dan digugurkan daripada jawatan kabinet baru-baru ini,
tidak akan diambil apa-apa tindakan pada 9 September nanti bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada parti.
Shafie
akan dikekalkan dan secara perlahan-lahan dipujuk supaya terus
menyokong kepimpinan Najib demi memastikan keharmonian politik Sabah
dapat memberi sumbangan kepada kelangsungan kuasa BN.
Sumber
lain pula memberitahu, gerakan mengumpul sokongan di kalangan ahli-ahli
MT bagi tindakan memecat keahlian Muhyiddin itu sudah pun bermula sejak
beberapa hari lalu untuk memastikan sokongan dua pertiga diperolehi
jika undian terpaksa dilakukan.
Dikatakan juga usul untuk memecat Muhyiddin nanti akan dilakukan oleh seseorang yang berjawatan kanan dalam parti dan kerajaan.
Dalam masa yang sama, selain pemecatan Muhyiddin, mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini dijangka turut melakukan perubahan bagi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Perak.
Pengerusi
Perhubungan UMNO Kedah yang sekarang disandang oleh Mukhriz Mahathir
dijangka akan diambil alih oleh Mahadzir Khalid yang baru-baru ini
dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pendidikan manakala Zahid Hamidi yang
kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri akan mengambil alih
jawatan Pengerusi UMNO Perak daripada Zambry Abdul Kadir.
Menteri
Besar Johor, Khaled Nordin yang terlihat begitu simpati kepada
Muhyiddin sehingga beberapa bahagian di negeri itu lantang bersuara
dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini bagaimanapun tidak akan
terjejas kedudukannya sebagai Pengerusi UMNO Johor kerana Najib
dikatakan tidak mahu orang Johor lebih terluka hatinya jika tindakan itu
diambil. (SH 25/08/2015)
Di Kedah baru-baru ini, Mukhriz mula tidak dipedulikan oleh Najib dan ini jelas merupakan petanda tidak baik baginya...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.