Followers

Sunday, August 16, 2015

Derma RM2.6 Billion : Ketua Umno Bahagian Kuantan Dedah Siapa & Mengapa Derma



Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat mendedahkan derma RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebenarnya adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut beliau, derma ini adalah sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.

"Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Menurut beliau juga wang tersebut juga diberikan sebagai tanda menghargai usaha kerajaan Malaysia yang komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan IS.

Tambahnya lagi, bukan Malaysia sahaja yang menerima derma dari Arab Saudi.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Datuk Seri Wan Adnan berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib kepada 146 Ketua Umno Bahagian di dalam satu perjumpaan pada Rabu lalu.

Menurutnya juga, Presiden Umno itu turut menjelaskan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau kerana ia sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Wan Adnan juga berkata semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan tersebut selain menyuarakan harap supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

“Buat masa ini, kita menghadapi cabaran sangat berat dan jika krisis kepercayaan berlarutan, ia pastinya menyukarkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Selaku Ketua Umno Bahagian ini, saya akan membentangkan usul menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan pemimpin Umno yang lain pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian minggu depan yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” katanya.


Sunday, August 16, 2015 Apa masalahnya? Bukankah Najib juga dilantik melalui Parlimen? Maka betullah aspan alias kata Zahid sudah sakit dan kena berubat! Zam pula kata - Jangan besarkan perkara yang kecil dan kecilkan perkara yang besar Akuan Bersumpah untuk singkir Najib Adam Abu Bakar | August 15, 2015 Ahmad Zahid Hamidi enggan mendedahkan identiti tokoh berkenaan dan membuat dakwaan itu berdasarkan maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai. zahid,tokoh KUALA LUMPUR: Seorang tokoh UMNO didakwa sedang berusaha usaha untuk mendapatkan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen sama dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang beliau sangat percayai. “Sehingga kini ada 88 Ahli Parlimen pembangkang termasuk bebas dan ada usaha untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai usaha itu. “Hairannya, ia diketuai oleh pemimpin UMNO, tetapi saya tidak mahu menamakan siapa. Biarlah masa yang menentukan,” katanya sewaktu berucap bagi merasmikan UMNO Bahagian Ampang Kali Ke 12 pada Sabtu. Mengulas lanjut, Zahid menyatakan peguam kepada tokoh UMNO itu sedang menyiapkan memorandum sebanyak tujuh helai. Ia juga disertakan dengan kertas kuning untuk disembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dan ia akan dikepilkan bersama akuan berkenaan untuk menyatakan mereka mendapat suara majoriti. Jelas Zahid lagi, selaku Menteri Dalam Negeri, dan juga Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik, beliau tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku. “Sebagai Timbalan Presiden, Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan benarkan ia terjadi. Posted by mountdweller

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.